Empat tahun yang lepas, lebih kurang waktu begini, saya
dikejutkan dengan satu mesej dari seorang sahabat, Jue. Mesejnya lebihkurang
berbunyi, ‘Zah, dah ready nak ambil baby? Kakak tu baru kontek dan beritahu dia
hanya menunggu hari jer ni’.
Sebenarnya saya dah tahu yang saya akan menerima anugerah
ini, tapi tak sangka kehadirannya pada hujung tahun 2011. Berdebar dan teruja
sangat dengan berita yang diterima. Tapi pada masa yang sama saya rasa bimbang
sebab keputusan ini saya buat sendirian. Tidak suka pada rejections telah
membuatkan saya merahsiakannya daripada pengetahuan suami. Saspen jugak,
bagaimana agaknya penerimaannya nanti. Perasaan bimbang itu saya buang
jauh-jauh kerana saya yakin Allah akan bersama saya. Saya bulatkan tekad dan
perbetulkan niat mengambil anak ini. Saya yakin semua adalah kerana Allah,
semuanya Allah telah aturkan dan saya hanya melaksanakan tanggungjawab dan
amanah NYA. Saya redha andaikata ibu baby berubah fikiran apabila dah tengok
anaknya nanti.
Saya perbaiki dan perbetulkan niat saya. Niat saya
mengambil baby ini adalah agar bila dia dewasa kelak dia mampu menjaga ibu bapa
dan keluarga asalnya. Saya set mind saya bahawa semua ini hanyalah pinjaman,
satu hari nanti saya pasti akan berpisah juga dengannya sama ada berpisah hidup
ataupun mati. Belumpun dia keluar menjenguk dunia ini, saya berazam untuk
membesarkannya ke arah akhirat dan dunia. Saya berjanji akan cuba sedaya upaya
membekalkan kepadanya ilmu akhirat dan dunia. Mudah-mudahan dia mampu menarik
saya dan ibu kandungnya ke syurga kelak nanti.
Saya dikejutkan dengan mesej baru dari Jue,
<< Zah baju baby dah prepare?’
>> Dah...tapi sikit-sikit jerr...semuanya ada dalam
kereta.
<< Ok nanti kalau ada berita terkini, I update you.
>> Fine. Harap-harap baby tu keluar 31 Dis.
<< InsyaAllah...
Tunggu 31 Dis, baby tak keluar lagi...Masuk 1hb, 2hb, 3hb
masih tiada tanda lagi.
Saya mesej Jue,
>> Takder berita terbaru?
<< So far takder
>> Mudah2an I dapat baby boy. Nak namakan dia
Eusoff. Seeloknya biar dia keluar hari Jumaat pada waktu yang elok.
AllahuAkbar. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Penyayang.
Ujian awal diberi kepada saya ialah dengan mengabulkan segala permintaan saya.
Jam 6:45ptg. Hari Jumaat.
<< Zah, dia
dah masuk dalam labour room. Banyak berdoa.
Saya ambil wudhu’ dan duduk atas sejadah untuk menunggu
solat magrib.
Jue called << Zah dengar tak...? Dengar tak suara
baby...? Dengar tak azan magrib...?
>> Dengar....boy ke girl..?
Masa tu terasa seronok sangat. Rasa macam nak terbang
pergi kat sana.
<< Suara Eusoff lah tu...Buat sujud syukur, Zah
Allahu Akbar....!! Alhamdulillah semua perancangan
berjalan lancar. Tapi macamana nak beritahu suami ni...? Halangan pertama harus saya tempuhi. Malam tu
saya beritahu tentang kehadiran Eusoff. Respons agak dingin. Kecewa jugak
terasa. Cepat-cepat saya memujuk dan awal lagi saya beritahu saya tidak akan
menyusahkan dia. Segala tindakan seterusnya saya akan lakukan sendiri. Dia
hanya diam sahaja.
Malam tu memang tak boleh nak tidur. Teruja menunggu
siang. Sempat malam tu saya mesej kawan yang sorang lagi, Lela >> ‘La,
esok teman aku ambil Eusoff kat rumah Jue yer. Jue akan ambil Eusoff dari
hospital dan discaj semua, pastu kita terus ke rumah dia’. Tanpa ragu-ragu,
Lela kata no problem.
Esok seawal jam 8 saya dan Lela bertolak ke rumah Jue.
Jue sempat menghantar gambar Eusoff dari pandangan atas kepala.
Wahhhh...saspennyer...!! Camner lah gaknya rupa dia. Yang nampak Cuma rambut
dia yang lebat dan tercacak. Dalam hati berdoa harap-harap anak ni cukup
sempurna fizikalnya.
Sampai di rumah Jue, nampak jer Eusoff, terasa tak sabar
nak dukung dia. Alhamdulillah sempurna sifatnya. Mata hitam Eusoff besar
sampaikan mata putih tu nampak sikit sangat. Rambut tercacak, dagu
runcing.....hakaaaihhh...macam anak alien plak, tapi comelnyerr....
Maka, mulai saat itu saya namakannya Eusoff Aaqeil (Si
Hensem yang berakal/bijak).
6hb Jan 2016 genap umurnya 4 tahun. Mulut becok macam
bertih goreng. Syukur Alhamdulillah setakat ini dan mudah-mudahan berkekalan
hendaknya, masjid adalah tempat yang paling dia suka. Eusoff akan teruja jika
ternampak orang berjubah putih dan berserban. Dalam ‘lakonan’nya di rumah, dia
sering berlagak menjadi seorang ustaz dengan Quran terselit di bawah ketiak dan
tasbih ditangan kana. Oshtad Ocoman.
Eusoff Aaqeil, mudah-mudahan satu hari nanti kamu menjadi
seorang yang berilmu.
Seorang yang berjaya bukan sahaja di dunia, tetapi di
akhirat juga.
Jadilah kamu anak yang saleh, jadilah kamu seorang anak
yang berakhlak terpuji.
Bantulah kedua ibu dan bapa kamu nanti.
Bawalah kami semua ke jannatul firdaus.
Aamiin.
No comments:
Post a Comment