21 November 2017

Mengapa saya mula blogging?

Saya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata secara lisan. Tidak pandai berdebat atau melawan kata-kata. Walaupun pada hakikatnya orang nampak secara luaran saya seorang yang peramah, tetapi tidak semestinya saya seorang yang bijak berbicara. Sedari kecil sifat saya suka memendam rasa dan mempunyai low self esteem. Di luar rumah, saya kelihatan seperti seorang yang happy go lucky person, tetapi apabila berada di rumah, saya seorang yang pendiam.


Berkahwin dengan seorang yang bijak, lagi menjadikan saya seorang yang kurang bercakap kerana kebanyakkan daripada apa yang saya bincangkan seringkali tidak didengari dan tidak diambilkira.

Dari saya zaman kanak-kanak, masukki zaman remaja, dewasa dan alam perkahwinan, kebanyakkan saya hanya mendengar dan menerima arahan. Bukanlah tiada langsung kata-kata didengari, tetapi amat sedikit/kurang kata-kata atau cadangan saya di terima.

Hal yang demikian, saya banyak menyimpan perasaan saya sendiri. Kalau ada sesuatu yang tidak puas hati, adalah lebih baik saya simpan daripada saya bincangkan dengan pasangan saya. Kerana kalau saya bincangkan pun kesalahannya akan tertimpa pada diri saya juga.

Saya tiada tempat utk melepaskan apa yang terbuku dalam hati saya. Sejak akhir-akhir ini apabila anak semakin dewasa, mereka pula semakin bijak dan apabila saya menegur, mereka bijak menangkis dan akhirnya saya juga dipersalahkan.

Itulah bahagian saya.

Kini saya sudah mempunyai blog saya sendiri. Saya tidak perlu followers. Saya juga tidak mengharapkan komen-komen yang banyak. Blog ini sekadar diari hidup saya dan curahan hati saya apabila diri ini terasa terbeban dengan sesuatu isu. Saya yakin masalah kita, orang lain tidak mampu selesaikan tetapi kita sendiri harus tanganinya.

Apabila saya menulis, sebahagian dari beban yang terpasung dalam fikiran saya dapat saya kurangkan. Alhamdulillah. Moga satu hari nanti, apabila saya sudah tiada, anak2 dapat membaca isi hati saya selama ini.




No comments:

Post a Comment

Anakku EA