29 December 2017

Anakku EA

Empat tahun yang lepas, lebih kurang waktu begini, saya dikejutkan dengan satu mesej dari seorang sahabat, Jue. Mesejnya lebihkurang berbunyi, ‘Zah, dah ready nak ambil baby? Kakak tu baru kontek dan beritahu dia hanya menunggu hari jer ni’.

Sebenarnya saya dah tahu yang saya akan menerima anugerah ini, tapi tak sangka kehadirannya pada hujung tahun 2011. Berdebar dan teruja sangat dengan berita yang diterima. Tapi pada masa yang sama saya rasa bimbang sebab keputusan ini saya buat sendirian. Tidak suka pada rejections telah membuatkan saya merahsiakannya daripada pengetahuan suami. Saspen jugak, bagaimana agaknya penerimaannya nanti. Perasaan bimbang itu saya buang jauh-jauh kerana saya yakin Allah akan bersama saya. Saya bulatkan tekad dan perbetulkan niat mengambil anak ini. Saya yakin semua adalah kerana Allah, semuanya Allah telah aturkan dan saya hanya melaksanakan tanggungjawab dan amanah NYA. Saya redha andaikata ibu baby berubah fikiran apabila dah tengok anaknya nanti.

Saya perbaiki dan perbetulkan niat saya. Niat saya mengambil baby ini adalah agar bila dia dewasa kelak dia mampu menjaga ibu bapa dan keluarga asalnya. Saya set mind saya bahawa semua ini hanyalah pinjaman, satu hari nanti saya pasti akan berpisah juga dengannya sama ada berpisah hidup ataupun mati. Belumpun dia keluar menjenguk dunia ini, saya berazam untuk membesarkannya ke arah akhirat dan dunia. Saya berjanji akan cuba sedaya upaya membekalkan kepadanya ilmu akhirat dan dunia. Mudah-mudahan dia mampu menarik saya dan ibu kandungnya ke syurga kelak nanti.

Saya dikejutkan dengan mesej baru dari Jue,
<< Zah baju baby dah prepare?’
>> Dah...tapi sikit-sikit jerr...semuanya ada dalam kereta.
<< Ok nanti kalau ada berita terkini, I update you.
>> Fine. Harap-harap baby tu keluar 31 Dis.
<< InsyaAllah...

Tunggu 31 Dis, baby tak keluar lagi...Masuk 1hb, 2hb, 3hb masih tiada tanda lagi.
Saya mesej Jue,
>> Takder berita terbaru?
<< So far takder
>> Mudah2an I dapat baby boy. Nak namakan dia Eusoff. Seeloknya biar dia keluar hari Jumaat pada waktu yang elok.

AllahuAkbar. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Penyayang. Ujian awal diberi kepada saya ialah dengan mengabulkan segala permintaan saya.
Jam 6:45ptg. Hari Jumaat.
<<  Zah, dia dah masuk dalam labour room. Banyak berdoa.
Saya ambil wudhu’ dan duduk atas sejadah untuk menunggu solat magrib.
Jue called << Zah dengar tak...? Dengar tak suara baby...? Dengar tak azan magrib...?
>> Dengar....boy ke girl..?
Masa tu terasa seronok sangat. Rasa macam nak terbang pergi kat sana.
<< Suara Eusoff lah tu...Buat sujud syukur, Zah
Allahu Akbar....!! Alhamdulillah semua perancangan berjalan lancar. Tapi macamana nak beritahu suami ni...?  Halangan pertama harus saya tempuhi. Malam tu saya beritahu tentang kehadiran Eusoff. Respons agak dingin. Kecewa jugak terasa. Cepat-cepat saya memujuk dan awal lagi saya beritahu saya tidak akan menyusahkan dia. Segala tindakan seterusnya saya akan lakukan sendiri. Dia hanya diam sahaja.

Malam tu memang tak boleh nak tidur. Teruja menunggu siang. Sempat malam tu saya mesej kawan yang sorang lagi, Lela >> ‘La, esok teman aku ambil Eusoff kat rumah Jue yer. Jue akan ambil Eusoff dari hospital dan discaj semua, pastu kita terus ke rumah dia’. Tanpa ragu-ragu, Lela kata no problem.

Esok seawal jam 8 saya dan Lela bertolak ke rumah Jue. Jue sempat menghantar gambar Eusoff dari pandangan atas kepala. Wahhhh...saspennyer...!! Camner lah gaknya rupa dia. Yang nampak Cuma rambut dia yang lebat dan tercacak. Dalam hati berdoa harap-harap anak ni cukup sempurna fizikalnya.

Sampai di rumah Jue, nampak jer Eusoff, terasa tak sabar nak dukung dia. Alhamdulillah sempurna sifatnya. Mata hitam Eusoff besar sampaikan mata putih tu nampak sikit sangat. Rambut tercacak, dagu runcing.....hakaaaihhh...macam anak alien plak, tapi comelnyerr....

Maka, mulai saat itu saya namakannya Eusoff Aaqeil (Si Hensem yang berakal/bijak).
6hb Jan 2016 genap umurnya 4 tahun. Mulut becok macam bertih goreng. Syukur Alhamdulillah setakat ini dan mudah-mudahan berkekalan hendaknya, masjid adalah tempat yang paling dia suka. Eusoff akan teruja jika ternampak orang berjubah putih dan berserban. Dalam ‘lakonan’nya di rumah, dia sering berlagak menjadi seorang ustaz dengan Quran terselit di bawah ketiak dan tasbih ditangan kana. Oshtad Ocoman.

Eusoff Aaqeil, mudah-mudahan satu hari nanti kamu menjadi seorang yang berilmu.
Seorang yang berjaya bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat juga.
Jadilah kamu anak yang saleh, jadilah kamu seorang anak yang berakhlak terpuji.
Bantulah kedua ibu dan bapa kamu nanti.
Bawalah kami semua ke jannatul firdaus.
Aamiin.



21 November 2017

Mengapa saya mula blogging?

Saya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata secara lisan. Tidak pandai berdebat atau melawan kata-kata. Walaupun pada hakikatnya orang nampak secara luaran saya seorang yang peramah, tetapi tidak semestinya saya seorang yang bijak berbicara. Sedari kecil sifat saya suka memendam rasa dan mempunyai low self esteem. Di luar rumah, saya kelihatan seperti seorang yang happy go lucky person, tetapi apabila berada di rumah, saya seorang yang pendiam.


Berkahwin dengan seorang yang bijak, lagi menjadikan saya seorang yang kurang bercakap kerana kebanyakkan daripada apa yang saya bincangkan seringkali tidak didengari dan tidak diambilkira.

Dari saya zaman kanak-kanak, masukki zaman remaja, dewasa dan alam perkahwinan, kebanyakkan saya hanya mendengar dan menerima arahan. Bukanlah tiada langsung kata-kata didengari, tetapi amat sedikit/kurang kata-kata atau cadangan saya di terima.

Hal yang demikian, saya banyak menyimpan perasaan saya sendiri. Kalau ada sesuatu yang tidak puas hati, adalah lebih baik saya simpan daripada saya bincangkan dengan pasangan saya. Kerana kalau saya bincangkan pun kesalahannya akan tertimpa pada diri saya juga.

Saya tiada tempat utk melepaskan apa yang terbuku dalam hati saya. Sejak akhir-akhir ini apabila anak semakin dewasa, mereka pula semakin bijak dan apabila saya menegur, mereka bijak menangkis dan akhirnya saya juga dipersalahkan.

Itulah bahagian saya.

Kini saya sudah mempunyai blog saya sendiri. Saya tidak perlu followers. Saya juga tidak mengharapkan komen-komen yang banyak. Blog ini sekadar diari hidup saya dan curahan hati saya apabila diri ini terasa terbeban dengan sesuatu isu. Saya yakin masalah kita, orang lain tidak mampu selesaikan tetapi kita sendiri harus tanganinya.

Apabila saya menulis, sebahagian dari beban yang terpasung dalam fikiran saya dapat saya kurangkan. Alhamdulillah. Moga satu hari nanti, apabila saya sudah tiada, anak2 dapat membaca isi hati saya selama ini.




Luahan hati seorang ibu (Part 4)

Demi Allah, tidak ada ibu dalam dunia ini yang akan mengeji anaknya sendiri. Sembilan bulan seorang ibu menghadapi pelbagai dugaan mengendung anaknya, melahirkan, membesarkannya, menyusukan, memberi makan, menyalin lampin, bersengkang mata, menjaga ketika anak itu sakit dan pelbagai perkara yang dilaluinya boleh dikatakan 80% dilalui sendiri, mana mungkin dia menyatakan perkara yang tidak elok tentang anaknya.

Demi Allah, saya tidak tahu dan buntu bagaimana cara untuk menjadi ibu yang terbaik. Sy juga tidak tahu bagaimana untuk menjadikan anak2 saya bahagia. Saya sendiri amat takut apabila saya kerap menangis apabila saya terasa hati dengan mereka. Saya tidak mahu mereka menjadi anak derhaka kpd saya.

Wahai anak, ibu meminta maaf andaikata ibu bukanlah yang terbaik buat kalian. Jika kamu rasakan kata2 ibu amat menyakitkan, janganlah kamu minta pendapat ibu. Buatlah apa jua yang kamu rasakan baik utk diri kamu. Ibu akan tetap berdoa yang terbaik utk kamu semua. Ibu halalkan setiap titik susu dan peluh membesarkan kamu. Moga Allah memberi kamu hidayah serta petunjuk ke jalan yang diredhaiNya. Andaikan perpisahan kita di dunia ini menjadikan kamu berubah, sedar dan lebih mendekati Allah, ibu redha kerana ibu inginkan anak2 yaang soleh dan solehah yang boleh mendoakan ibu masuk ke syurga nanti.

Wahai anak, janganlah jadikan perkara lain sebagai sandaran kepada kehidupan dah kebahagiaanmu tetapi jadikan Allah yang utama dalam hidupmu. Setiap perkara yang kita sayang dalam dunia ini pasti akan hilang apabila sampai waktunya. Jika kamu rasakan rakan2 akan membahagiakan kamu, satu hari mereka akan pergi jua. Mereka juga ada kehidupan mereka sendiri. Jika kamu rasakan suami/isteri dapat membahagiakn kehidupanmu, satu masa nanti mereka akan pergi jua, samada hidup atau mati. Ibu juga tidak akan selamanya bersama kamu. Jika satu hari nanti kamu kehilangan sesuatu yang kamu sayangi di dunia ini, bertabahlah dan redha lah. Jangan salahkan diri, keadaan jauh sekali jangan kamu salahkan Allah. Selagi ibu hidup, ibu cuba sedaya upaya membentuk kamu dengan baik agar suatu hari nanti ibu dapat memulangkan kamu kepada Allah dalam keadaan indah, suci dan bersih sebagaimana Allah berikan kamu kepada ibu suatu masa dahulu.


Luahan hati seorang ibu (Part 3)

Saya sebenarnya rasa amat terkejut apabila anak-anak saya menjadi seorg yang ‘perfectionist’. Sebagai contoh, anak saya pernah meminta pendapat dan bertanya, ‘ibu baju ni sesuai tak?’. Saya akan beri jawapan yang jujur supaya dia tidak mengulang soalan yang sama. Saya akan berikan pandangan/jawapan berdasarkan kepada ketinggian, warna kulit, solekan dan bbrp perkara lain. Tetapi rupanya jawapan saya membuatkan anak saya terasa hati dan merajuk. Bukan itu sahaja, dia mengungkit2 perkataan yang saya sebutkan dan menyalahkan saya.

Anak pertama saya pernah merajuk dan menangis didepan saya apabila saya silap memberikan kata2 motivasi. Sewaktu dia di Tingkatan 5, saya ingatkan dia supaya belajar bersungguh-sungguh dan jadi seperti kawannya atau boleh saingi kawanya yang pandai. Tiba-tiba tanpa saya menduga, dia merajuk dan menangis di depan saya dan menyalahkan saya membuat perbandingan dengan rakannya.

Anak ke tiga saya juga pernah merajuk apabila saya memberikan komen tentang tariannya. Wallahi, komen2 yang saya lontarkan kepada anak2, bukan tujuan membunuh minat mereka ataupun mengejek kebolehan mereka, tetapi bertujuan utk mereka memperbaiki diri mereka. Saya benar2 tidak sedar ayat2 yang saya gunakan itu menggores hati anak2 saya. Saya sebenarnya amat berbangga dengan anak saya yang no 3 ni. Sangat pandai berdikari dan pandai membawa diri. Satu perkara yang sgt membimbangkan saya ialah emosinya yg sangat sukar dikawal. Mudah2an satu hari nanti dia bijak mengawal emosinya, lebih dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa berfikiran positif.

Anak ke 4 tidak banyak melawan cakap, tapi sy tahu dia juga ada terasa hati dengan saya tetapi sikapnya lebih pendam dan berdiam diri.

Saya akui antara kami banyak berlakunya generation gap. Saya tidak tahu dan tidak faham kehendak anak2 saya, dan anak-anak juga tidak faham akan kehendak saya. Akhirnya apabila saya bersuara, mereka merasakan saya menegur mereka atau menyindir mereka dgn keras dan tidak memahami mereka.







Luahan hati seorang ibu (Part 2)

Sebagai seorang ibu, saya memang inginkan yang terbaik untuk anak2. Saya masukkan mereka ke kelas muzik walaupun tanpa persetujuan suami. Saya sering berbalah dengan suami berhubung dengan pendidikan anak2. Anak ke 2 pada awalnya tidak meminati muzik. Belajar muzik kerana desakan dan paksaan saya. Ironinya selepas tamat SPM dia mahu meneruskan muzik, tetapi saya tak dapat memenuhi permintaannya kerana dia tidak mempunyai kelayakkan utk meneruskan dalam bidang tersebut dan ayahnya pula menentang keras sekiranya dia mahu meneruskan pembelajaran tersebut.

Setelah dia tamat pelajarannya dalam bidang senibina, dia mendapat pekerjaan dan bekerja selama setahun dan kemudiannya mengambil keputusan utk berhenti kerana ‘tidak minat’ dengan kerja tersebut.  Kesalahannya jatuh pada saya kerana bidang tersebut bukan bidang yang diminati. Saya pernah terasa hati dengan kata-katanya, ‘saya nak belajar muzik tetapi kemahuan saya disekat. Ibu ayah tak sokong langsung’.

Membesarkan anak no 2 ini amat menguji saya. Semasa saya masukkan dia ke sekolah asrama (Tingkatan 4), dia kerap menangis, kami terpaksa melawatnya hampir setiap minggu sehinggalah tamat tingkatan 5. Hujung minggu kami, kami habiskan untuk melayannya ambil dan hantar pulang ke asrama. Walaupun penat, saya rasa amat bersyukur kerana saya rasakan dia menyanyagi kami sepenuhnya. Waktu perpisahan itu amat berat baginya. Tiap kali bunyi loceng tanda utk berpisah, dia akan minta kami tunggu hingga pintu gate ditutup. Begitu juga dengan perangai anak no 3 saya apabila dia memasuki sekolah berasrama. Masuk Univ juga begitu keadaanya. Setiap kali buat tugasan, dia akan menangis, hinggakan ayahnya belikan dia sebuah kereta untuk memudahkan dia membeli barang keperluan projeknya dan memudahkannya berulang alik ke rumah.

Anak ke 3 juga menghadapi masalah yg sama. Sering menangis apabila dihantar pulang ke asrama pada hujung minggu. Banyak kali saya terpaksa menipu ketua warden semata-mata ingin membawa dia pulang ke rumah. Mungkin dia tidak nampak kepayahan saya di situ, kerana dia juga pernah mengungkit yang sekolah dia masuk itu bukanlah pilihannya tetapi pilihan saya sendiri.

Tamat SPM dia di masukkan ke kolej persediaan. Seperti kakaknya, dia juga diberikan kemudahan kereta untuk mudah berulang alik ke rumah. Setelah mendapat keputusan akhir, markahnya tidak mencukupi utk ke luar negara, saya juga yang berhempas pulas menebalkan muka cuba untuk mendapatkan bantuan serta networking bagi membolehkan dia ke luar negara. Ikutkan suami, dia tidak mahu gunakan ‘cable’ bagi tujuan ini, tetapi akhirnya dia mengalah dan melakukan dalam keadaan terpaksa kerana saya mendesaknya untuk melakukan itu demi utk anaknya. Semua yang saya lakukan ini adalah bertujuan utk kebahagiaan anak-anak saya. Satu masa dahulu saya banyak terlepas peluang-peluang ini dan saya tidak mahu anak2 sy juga terlepas peluang yang sama.

Tahun pertama dia pulang, saya dapati dia banyak berubah. Kalau dahulu dia seorang yg suka melawak, tetapi kali ini dia banyak berdiam. Seorang ibu dapat rasakan perubahan seorang anak dengan sekali pandang. Rupanya dia sedih apabila rakannya tidak dapat belajar ke luar negara dan meminta saya bantu jika boleh. Emosinya amat terganggu ketika itu hinggakan kalau saya komen apa2 tentang rakan2nya telah menjadi satu kesalahan yang besar. Semenjak dari itu, saya mula rasakan perbezaannya. Emosinya amat sukar di kawal. Apabila saya tegur, dia mudah terasa hati, rasa down dan mula menyalahkan keadaan.

Dia banyak duduk di bilik sendirian dan sering keluar berjumpa rakan-rakan. Saya mula melihat, rakan-rakan adalah sumber keseronokkan dan kebahagiaan bagi dirinya.

Tahun berikutnya dia pulang lagi untuk bercuti kerana pernah satu masa dia merasakan amat down sekali dan katanya dia merindui kami semua. Saya melayankan skypenya setiap kali dia katakan dia rindu. Sehinggakan saya rasa amat risau dengan keadaannya yang berkeseorangan di luar negara.  Hati seoarng ibu tetap merasakan kerisauan. Memang kalau diikutkan rasa hati, mahu jer saya terbang ke sana untuk menemani dia pada waktu itu. Saya paksa dia pulang bercuti pada musim summer.

Sepanjang dia bercuti, dia masih seperti dulu, duduk dalam bilik dan banyak berjumpa rakan. Apabila ditegur, katanya saya sibuk dan tak melayan kehendaknya untuk ke sana sini melakukan aktiviti yang dia minati. Wahai anak, ibumu ini bukan lagi ada daya kekuatan seperti dahulu. Memang dulu ibu sering katakan ibu minat melakukan aktiviti luar, tetapi itu dahulu ketika ibu masih kuat...dahulu ibu tidak pernah dapat melakukan apa yang ibu minat, sebab itulah ibu selalu mengingatkan agar selagi ada peluang melakukan sesuatu yang kamu minat, buatlah...




20 November 2017

Luahan hati seorang ibu (Part 1)

Saya tidak pasti adakah kebanyakan ibu bapa ada melalui sama dgn situasi saya. Apabila anak-anak semakin dewasa, kita sebenarnya sudah tidak mengenali mereka. Benih yang kita tanam tidak menjadi seperti sebatang pokok yang kita impikan.

Saya pasti setiap ibubapa kaedah membesarkan anak2 mereka berbeza antara satu sama lain, tetapi objektif kita semua tetap sama iaitu mahukan anak yang kita lahirkan itu menjadi seorang yang yang berjaya di dunia dan akhirat. Tidak hanya itu, malah mahukan mereka mnjadi seorang yang berakhlak tinggi serta bertanggungjawab.

Saya selalu fikirkan di manakah lompong kesilapan yang saya lakukan sehingga saya merasakan saya mahu berpatah balik untuk memperbaiki keadaan itu. Sejujurnya saya sukakan anak2 dan saya yakin saya boleh membesarkan mereka dengan baik.

Namun, perancangan saya sering diuji. Sebagai contoh, sy merupakan seorang ibu yang tegas, tetapi suami saya terlalu melayan anak2 dengan wang ringgit. Semuanya senang mereka perolehi tanpa berusaha. Apabila mereka dewasa, saya dapati surviving skills mereka kurang. Minda dan fikiran mereka convergent, suka mencari jalan mudah apabila menyelesaikan masalah dan mudah give up sekiranya tidak jumpa jalan penyelesaian.

Saya tahu, sebenarnya tidak ada satu kaedah yang tepat bagaimana mendidik anak-anak dengan baik. Semuanya kita lakukan atas dasar bacaan dan pengalaman yang lepas. Saya mengikut acuan mak abah dalam membesarkan anak2. Apa yang saya suka mak abah lakukan dahulu, saya terapkan pada mereka. Apa yang sy rasakan saya tak suka, sy cuba kawal diri untuk tidak ikut cara tersebut. Sebolehnya saya mahukan yang terbaik untu anak2. Sy banyak fikirkan, apa yang saya mahukan dan harapkan dahulu daripada mak abah yang saya tak dpat, sy bukakan peluang kpd anak2 sy. Dahulu saya minat muzik, aktiviti lasak, travelling, melanjutkan pelajaran ke luar negara, swimming, hiking, mount climbing yang mana semua peluang ini saya tidak dapat.

Anak pertama saya, saya masukkan ke sekolah asrama sewaktu dia di Tingkatan 1. Dari segi pendidiikan anak2, mmg saya yang jaga, namun kadangkala perancangan saya terhalang. Anak pertama bersekolah di sekolah agama. Di sebabkan dia seorang lelaki, saya mahu dia menjadi ketua keluarga yang baik satu hari nanti.

Anak seterusnya kesemuanya perempuan. Saya mmg tidak merancang untuk memasukkan mereka ke sekolah asrama seawal Tingkatan 1, ini adalah kerana saya fikirkan saya mahukan hubungan yang rapat dengan mereka sewaktu mereka remaja kerana pada pandangan saya apabila mereka sudah berkahwin nanti, kehidupan mereka akan lebih tertumpu kpd keluarga sendiri dan keluarga mertua. Mungkin masa ini nanti, hubungan kami sudah menjauh dan tidak rapat kalau tidak dijaga seawal mungkin. Maka, perancangan saya ialah mereka hanya boleh ke sekolah asrama apabila memasukki Tingkatan 4 nanti. Ini adalah kerana sy mahu bukakan peluang mereka untuk belajar ke luar negara selepas tamat SPM nanti kerana peluang utk belajar ke luar negara pada masa itu lebih tertumpu kepada murid2 dari sekolah berasrama.





Anakku EA