21 November 2017

Luahan hati seorang ibu (Part 2)

Sebagai seorang ibu, saya memang inginkan yang terbaik untuk anak2. Saya masukkan mereka ke kelas muzik walaupun tanpa persetujuan suami. Saya sering berbalah dengan suami berhubung dengan pendidikan anak2. Anak ke 2 pada awalnya tidak meminati muzik. Belajar muzik kerana desakan dan paksaan saya. Ironinya selepas tamat SPM dia mahu meneruskan muzik, tetapi saya tak dapat memenuhi permintaannya kerana dia tidak mempunyai kelayakkan utk meneruskan dalam bidang tersebut dan ayahnya pula menentang keras sekiranya dia mahu meneruskan pembelajaran tersebut.

Setelah dia tamat pelajarannya dalam bidang senibina, dia mendapat pekerjaan dan bekerja selama setahun dan kemudiannya mengambil keputusan utk berhenti kerana ‘tidak minat’ dengan kerja tersebut.  Kesalahannya jatuh pada saya kerana bidang tersebut bukan bidang yang diminati. Saya pernah terasa hati dengan kata-katanya, ‘saya nak belajar muzik tetapi kemahuan saya disekat. Ibu ayah tak sokong langsung’.

Membesarkan anak no 2 ini amat menguji saya. Semasa saya masukkan dia ke sekolah asrama (Tingkatan 4), dia kerap menangis, kami terpaksa melawatnya hampir setiap minggu sehinggalah tamat tingkatan 5. Hujung minggu kami, kami habiskan untuk melayannya ambil dan hantar pulang ke asrama. Walaupun penat, saya rasa amat bersyukur kerana saya rasakan dia menyanyagi kami sepenuhnya. Waktu perpisahan itu amat berat baginya. Tiap kali bunyi loceng tanda utk berpisah, dia akan minta kami tunggu hingga pintu gate ditutup. Begitu juga dengan perangai anak no 3 saya apabila dia memasuki sekolah berasrama. Masuk Univ juga begitu keadaanya. Setiap kali buat tugasan, dia akan menangis, hinggakan ayahnya belikan dia sebuah kereta untuk memudahkan dia membeli barang keperluan projeknya dan memudahkannya berulang alik ke rumah.

Anak ke 3 juga menghadapi masalah yg sama. Sering menangis apabila dihantar pulang ke asrama pada hujung minggu. Banyak kali saya terpaksa menipu ketua warden semata-mata ingin membawa dia pulang ke rumah. Mungkin dia tidak nampak kepayahan saya di situ, kerana dia juga pernah mengungkit yang sekolah dia masuk itu bukanlah pilihannya tetapi pilihan saya sendiri.

Tamat SPM dia di masukkan ke kolej persediaan. Seperti kakaknya, dia juga diberikan kemudahan kereta untuk mudah berulang alik ke rumah. Setelah mendapat keputusan akhir, markahnya tidak mencukupi utk ke luar negara, saya juga yang berhempas pulas menebalkan muka cuba untuk mendapatkan bantuan serta networking bagi membolehkan dia ke luar negara. Ikutkan suami, dia tidak mahu gunakan ‘cable’ bagi tujuan ini, tetapi akhirnya dia mengalah dan melakukan dalam keadaan terpaksa kerana saya mendesaknya untuk melakukan itu demi utk anaknya. Semua yang saya lakukan ini adalah bertujuan utk kebahagiaan anak-anak saya. Satu masa dahulu saya banyak terlepas peluang-peluang ini dan saya tidak mahu anak2 sy juga terlepas peluang yang sama.

Tahun pertama dia pulang, saya dapati dia banyak berubah. Kalau dahulu dia seorang yg suka melawak, tetapi kali ini dia banyak berdiam. Seorang ibu dapat rasakan perubahan seorang anak dengan sekali pandang. Rupanya dia sedih apabila rakannya tidak dapat belajar ke luar negara dan meminta saya bantu jika boleh. Emosinya amat terganggu ketika itu hinggakan kalau saya komen apa2 tentang rakan2nya telah menjadi satu kesalahan yang besar. Semenjak dari itu, saya mula rasakan perbezaannya. Emosinya amat sukar di kawal. Apabila saya tegur, dia mudah terasa hati, rasa down dan mula menyalahkan keadaan.

Dia banyak duduk di bilik sendirian dan sering keluar berjumpa rakan-rakan. Saya mula melihat, rakan-rakan adalah sumber keseronokkan dan kebahagiaan bagi dirinya.

Tahun berikutnya dia pulang lagi untuk bercuti kerana pernah satu masa dia merasakan amat down sekali dan katanya dia merindui kami semua. Saya melayankan skypenya setiap kali dia katakan dia rindu. Sehinggakan saya rasa amat risau dengan keadaannya yang berkeseorangan di luar negara.  Hati seoarng ibu tetap merasakan kerisauan. Memang kalau diikutkan rasa hati, mahu jer saya terbang ke sana untuk menemani dia pada waktu itu. Saya paksa dia pulang bercuti pada musim summer.

Sepanjang dia bercuti, dia masih seperti dulu, duduk dalam bilik dan banyak berjumpa rakan. Apabila ditegur, katanya saya sibuk dan tak melayan kehendaknya untuk ke sana sini melakukan aktiviti yang dia minati. Wahai anak, ibumu ini bukan lagi ada daya kekuatan seperti dahulu. Memang dulu ibu sering katakan ibu minat melakukan aktiviti luar, tetapi itu dahulu ketika ibu masih kuat...dahulu ibu tidak pernah dapat melakukan apa yang ibu minat, sebab itulah ibu selalu mengingatkan agar selagi ada peluang melakukan sesuatu yang kamu minat, buatlah...




No comments:

Post a Comment

Anakku EA