Demi Allah, tidak ada ibu dalam dunia ini yang akan
mengeji anaknya sendiri. Sembilan bulan seorang ibu menghadapi pelbagai dugaan
mengendung anaknya, melahirkan, membesarkannya, menyusukan, memberi makan,
menyalin lampin, bersengkang mata, menjaga ketika anak itu sakit dan pelbagai
perkara yang dilaluinya boleh dikatakan 80% dilalui sendiri, mana mungkin dia
menyatakan perkara yang tidak elok tentang anaknya.
Demi Allah, saya tidak tahu dan buntu bagaimana cara
untuk menjadi ibu yang terbaik. Sy juga tidak tahu bagaimana untuk menjadikan
anak2 saya bahagia. Saya sendiri amat takut apabila saya kerap menangis apabila
saya terasa hati dengan mereka. Saya tidak mahu mereka menjadi anak derhaka kpd
saya.
Wahai anak, ibu meminta maaf andaikata ibu bukanlah
yang terbaik buat kalian. Jika kamu rasakan kata2 ibu amat menyakitkan,
janganlah kamu minta pendapat ibu. Buatlah apa jua yang kamu rasakan baik utk
diri kamu. Ibu akan tetap berdoa yang terbaik utk kamu semua. Ibu halalkan
setiap titik susu dan peluh membesarkan kamu. Moga Allah memberi kamu hidayah
serta petunjuk ke jalan yang diredhaiNya. Andaikan perpisahan kita di dunia ini
menjadikan kamu berubah, sedar dan lebih mendekati Allah, ibu redha kerana ibu
inginkan anak2 yaang soleh dan solehah yang boleh mendoakan ibu masuk ke syurga
nanti.
Wahai anak, janganlah jadikan perkara lain sebagai
sandaran kepada kehidupan dah kebahagiaanmu tetapi jadikan Allah yang utama
dalam hidupmu. Setiap perkara yang kita sayang dalam dunia ini pasti akan
hilang apabila sampai waktunya. Jika kamu rasakan rakan2 akan membahagiakan
kamu, satu hari mereka akan pergi jua. Mereka juga ada kehidupan mereka
sendiri. Jika kamu rasakan suami/isteri dapat membahagiakn kehidupanmu, satu
masa nanti mereka akan pergi jua, samada hidup atau mati. Ibu juga tidak akan
selamanya bersama kamu. Jika satu hari nanti kamu kehilangan sesuatu yang kamu
sayangi di dunia ini, bertabahlah dan redha lah. Jangan salahkan diri, keadaan
jauh sekali jangan kamu salahkan Allah. Selagi ibu hidup, ibu cuba sedaya upaya
membentuk kamu dengan baik agar suatu hari nanti ibu dapat memulangkan kamu
kepada Allah dalam keadaan indah, suci dan bersih sebagaimana Allah berikan
kamu kepada ibu suatu masa dahulu.
No comments:
Post a Comment