Saya
tidak pasti adakah kebanyakan ibu bapa ada melalui sama dgn situasi saya.
Apabila anak-anak semakin dewasa, kita sebenarnya sudah tidak mengenali mereka.
Benih yang kita tanam tidak menjadi seperti sebatang pokok yang kita impikan.
Saya
pasti setiap ibubapa kaedah membesarkan anak2 mereka berbeza antara satu sama
lain, tetapi objektif kita semua tetap sama iaitu mahukan anak yang kita
lahirkan itu menjadi seorang yang yang berjaya di dunia dan akhirat. Tidak
hanya itu, malah mahukan mereka mnjadi seorang yang berakhlak tinggi serta
bertanggungjawab.
Saya
selalu fikirkan di manakah lompong kesilapan yang saya lakukan sehingga saya
merasakan saya mahu berpatah balik untuk memperbaiki keadaan itu. Sejujurnya
saya sukakan anak2 dan saya yakin saya boleh membesarkan mereka dengan baik.
Namun,
perancangan saya sering diuji. Sebagai contoh, sy merupakan seorang ibu yang
tegas, tetapi suami saya terlalu melayan anak2 dengan wang ringgit. Semuanya
senang mereka perolehi tanpa berusaha. Apabila mereka dewasa, saya dapati
surviving skills mereka kurang. Minda dan fikiran mereka convergent, suka
mencari jalan mudah apabila menyelesaikan masalah dan mudah give up sekiranya
tidak jumpa jalan penyelesaian.
Saya
tahu, sebenarnya tidak ada satu kaedah yang tepat bagaimana mendidik anak-anak
dengan baik. Semuanya kita lakukan atas dasar bacaan dan pengalaman yang lepas.
Saya mengikut acuan mak abah dalam membesarkan anak2. Apa yang saya suka mak
abah lakukan dahulu, saya terapkan pada mereka. Apa yang sy rasakan saya tak
suka, sy cuba kawal diri untuk tidak ikut cara tersebut. Sebolehnya saya
mahukan yang terbaik untu anak2. Sy banyak fikirkan, apa yang saya mahukan dan
harapkan dahulu daripada mak abah yang saya tak dpat, sy bukakan peluang kpd
anak2 sy. Dahulu saya minat muzik, aktiviti lasak, travelling, melanjutkan
pelajaran ke luar negara, swimming, hiking, mount climbing yang mana semua
peluang ini saya tidak dapat.
Anak
pertama saya, saya masukkan ke sekolah asrama sewaktu dia di Tingkatan 1. Dari
segi pendidiikan anak2, mmg saya yang jaga, namun kadangkala perancangan saya
terhalang. Anak pertama bersekolah di sekolah agama. Di sebabkan dia seorang
lelaki, saya mahu dia menjadi ketua keluarga yang baik satu hari nanti.
Anak
seterusnya kesemuanya perempuan. Saya mmg tidak merancang untuk memasukkan
mereka ke sekolah asrama seawal Tingkatan 1, ini adalah kerana saya fikirkan
saya mahukan hubungan yang rapat dengan mereka sewaktu mereka remaja kerana
pada pandangan saya apabila mereka sudah berkahwin nanti, kehidupan mereka akan
lebih tertumpu kpd keluarga sendiri dan keluarga mertua. Mungkin masa ini
nanti, hubungan kami sudah menjauh dan tidak rapat kalau tidak dijaga seawal
mungkin. Maka, perancangan saya ialah mereka hanya boleh ke sekolah asrama
apabila memasukki Tingkatan 4 nanti. Ini adalah kerana sy mahu bukakan peluang
mereka untuk belajar ke luar negara selepas tamat SPM nanti kerana peluang utk
belajar ke luar negara pada masa itu lebih tertumpu kepada murid2 dari sekolah
berasrama.
No comments:
Post a Comment