Saya
sebenarnya rasa amat terkejut apabila anak-anak saya menjadi seorg yang
‘perfectionist’. Sebagai contoh, anak saya pernah meminta pendapat dan
bertanya, ‘ibu baju ni sesuai tak?’. Saya akan beri jawapan yang jujur supaya
dia tidak mengulang soalan yang sama. Saya akan berikan pandangan/jawapan
berdasarkan kepada ketinggian, warna kulit, solekan dan bbrp perkara lain.
Tetapi rupanya jawapan saya membuatkan anak saya terasa hati dan merajuk. Bukan
itu sahaja, dia mengungkit2 perkataan yang saya sebutkan dan menyalahkan saya.
Anak
pertama saya pernah merajuk dan menangis didepan saya apabila saya silap
memberikan kata2 motivasi. Sewaktu dia di Tingkatan 5, saya ingatkan dia supaya
belajar bersungguh-sungguh dan jadi seperti kawannya atau boleh saingi kawanya
yang pandai. Tiba-tiba tanpa saya menduga, dia merajuk dan menangis di depan
saya dan menyalahkan saya membuat perbandingan dengan rakannya.
Anak ke
tiga saya juga pernah merajuk apabila saya memberikan komen tentang tariannya.
Wallahi, komen2 yang saya lontarkan kepada anak2, bukan tujuan membunuh minat mereka
ataupun mengejek kebolehan mereka, tetapi bertujuan utk mereka memperbaiki diri
mereka. Saya benar2 tidak sedar ayat2 yang saya gunakan itu menggores hati
anak2 saya. Saya sebenarnya amat berbangga dengan anak saya yang no 3 ni.
Sangat pandai berdikari dan pandai membawa diri. Satu perkara yang sgt
membimbangkan saya ialah emosinya yg sangat sukar dikawal. Mudah2an satu hari
nanti dia bijak mengawal emosinya, lebih dekatkan diri dengan Allah dan
sentiasa berfikiran positif.
Anak ke 4
tidak banyak melawan cakap, tapi sy tahu dia juga ada terasa hati dengan saya
tetapi sikapnya lebih pendam dan berdiam diri.
Saya akui
antara kami banyak berlakunya generation gap. Saya tidak tahu dan tidak faham
kehendak anak2 saya, dan anak-anak juga tidak faham akan kehendak saya.
Akhirnya apabila saya bersuara, mereka merasakan saya menegur mereka atau
menyindir mereka dgn keras dan tidak memahami mereka.
No comments:
Post a Comment